Saturday, March 23, 2013

~manusia~

••►Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

••►Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

••►Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

••►Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

••►Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.
____________________________________________________________________________________________


Kadangkala kita perlu menyepi untuk mencari kembali kekuatan diri yang telah hilang...
Adakalanya kita perlu menyepi untuk mencari ketenangan hati...
Adakalanya kita perlu menyepi untuk kebaikan diri sendiri...
Kadangkala sepi itu indah...

Kadangkala kita terlampau sayangkan sahabat sehingga suatu masa peritnya rasa pabila ukhuwah yang terjalin itu akhirnya berderai juga kerana kesilapan diri sendiri...
Kadangkala kita terlampau sayangkan sahabat tapi rupanya kita hanyalah sahabatnya yang biasa - biasa sahaja... Allah~

Kadangkala kita perlu menjauh....
Kadangkala kita perlu memerhati...
Kadangkala kita perlu membaiki...
Agar ukhuwah itu kembali bertaut...

p/s : mood pelik ketika final exam....

No comments:

Post a Comment