Monday, March 11, 2013

~Penghijrahan~

Bismillahirrahmanirrahim...

"Sesungguhnya segala perbuatan bergantung kepada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapat keredhaan  Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan." (HR Bukhari dan Muslim)

      Alhamdulillah, Allah masih izinkan diri ini untuk bernafas di atas muka bumiNYA... Alhamdulillah seminggu lg final exam akan berlangsung makanya diri ni cari sedikit ruang untuk update blog ni... Hijrah? Apa yg korg paham pasal hijrah? Hijrah ni mksudnya luas dan umum tapi apa yg nk ditekankan di sini adalah penghijrahan dari segi akhlak, bahasa, penampilan atau spefikasinya "kembali ke fitrah"... Mungkin ramai yg bisa berhijrah @ berubah tapi yang kekal istiqamah? sedikit...

     Bukan nak cakap kat sape2 tapi lebih kepada diri ni... Diri ni pun masih dalam proses.. Proses Tarbiyah... Sejujurnya bukan senang untuk kekal istiqamah... *geleng2 kepala*  Bila hidayah Allah datang menyapa, grab it tightly and dont loose it, kalau tidak nnt kita akan rugi.... Allah itu sentiasa sayangkan hambaNYA cuma hambaNYA saja yg x nampak... 

     Bila teringatkan diri yang dulu hanya mampu tersenyum kerna hakikatnya diri ini telah banyak berubah... Diri yang dulu tidaklah teruk tapi diri yang sekarang Alhamdulillah makin baik.. Siapa x nak kebaikan kan? Betul lah, sesungguhnya pengalaman banyak mengajar kita erti kehidupan... Semoga diri ini akan kekal istiqamah dan harapnya diri awak di luar sana tu pun sama ya! (:

*Moga kaki ini akan terus melangkah ke hadapan tanpa berpaling ke belakang kembali*

p/s : Tiada manusia yang sempurna... (:

No comments:

Post a Comment